salam,
buat pembaca.....
sihat hendaknya kamu semua
bahagia bersama keluarga dan juga yang tercinta
alhamdulillah,
cuti seminggu yang penuh makna
digunakan dengan sebaik-baiknya
duduk di kampung tercinta
orang perseorangan mcam aku,
layaknya terperap dikampung yang berhalaman
menikmati saat manis yang aku tak mahu sesali dikemudian hari
hebatnya kampungku
makanannya.....memang aku idamkan
putu piring pekan kuala sungai baru, melaka
siapa yang pernah singgah, mesti akan tertawan
begitu juga aku
dari kecil hingga aku berkejaya
putu piring itu tetap lazat asli rasanya
bezanya harga meningkat
tidak mengapa...asalkan nafsu ku puas
hebatnya kampungku,
pemandanganya indah
lautan terbentang luas...enak hati ini melihat nelayan pulang
membawa hasil tangkapan
ikan segar...ku beli untuk dimasak ibu
manisnya ikan segar..........
hebatnya kampungku,
aku tenang dan tenteram
damai jiwa
hilang kusut serabut daripada
kehendak sang kapitalis yang sialan aku gelarkan
aliran air sungai
si ombak yang menghempas pantai
adalah irama kampungku
deruan angin dan sinaran mentari
adalah semangat kampungku
kampungku sayang
menikmati cuti sekolah.......caaa aalifff boottt
Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
6 years ago
No comments:
Post a Comment