Usha2 Sini Sket!!!

SeLaMaT DATANG ke karpet hitam arboqskii.blogspot

Tuesday, August 25, 2020

Kelas TMK Tahun 5 Optimis

 Hari ini mengajar TMK Tahun Lima.

Ajar tentang kebaikan dan keburukan Internet.

Lepastu ajar pula cara bina Laman Blog.

Murid yang rajin:

Husna, Ainsyatul, Aleeya, Umairah, Ariyana, Obi, Triko, Izzati



Tuesday, December 11, 2012

sakit yang hati

salam ...
moga pembaca blog sihat hendaknya
dan berbahagia bersama keluarga

sakit yang hati
2-3 menjak ni hati cepat sangat sakit
rasa baran membara 
meluap2
tah la....
kenapa?
setan banyak kot menghasut....

sakit hati...
x bagus.......banyak mendatangkan keburukan
boleh cepat tua kot...

bila hati sudah sakit atau sakit sudah hati
mula la rasa nak baran
baran artinya marah membuak2
sangat tidak elok....
boleh menyebabkan muka berkedut2

begitulah rasa kita sekarang ni
sakit yang hati
mungkin disebabkan tekanan kerja
banyak yang hendak difikirkan
jujurnya...kita mengatakan bahawa
tahun 2012 ini banyak kenangan pahit
yang suka atau tidak terpaksa ditelan


walaubagaimanapun
kita berserah kepada Allah yang Esa
mungkin ada hikmahnya....
disebalik hati yang sakit ini

allahuakhbar...!

 

Sunday, December 2, 2012

hidup mesti hidup

salam semua....
sihatlah hendaknya.....
bahagia sentiasa
kepada yg berkahwin...selamat pengantin baru
lama sungguh aku tidak menulis rancak di blog tercinta

payah...susah....
macam2 bala nak kena bereskan...

hidup
mesti diteruskan
ya...betul tuh....

secara peribadi...
tahun 2012 ni...memang merupakan tahun yang amat mencabar

2012
benar-benar mengajar aku tentang kehidupan
kadangkala...aku goyah
keliru memikirkan langkah....
kerana tiada noktah...

cuma...tika ini
satu lagi bermain di minda
memikirkan tempat untuk berlindung pada 2013
aku harap...segalanya lancar
Allah permudahkan urusan
serabut perut....
aku jauh.....bagaimana lah hendak menyelesaikan tempat berlindung yang jauh itu

ya Allah...kau permudahkanlah urusan hambaMu...dan juga selamatkanlah hambaMu daripada segala kekalutan dan kesukaran....

Aminnnnn.....

hidup mesti hidup....-

Sunday, July 22, 2012

salam ramadhan 2012

assalamualaikum
2 ramadhan.....
sedar2....da dua kali bulan pose aku hadapi sebagai pendidik
tidak terlalu terkejut
berbuka seorang diri
sudah sebati maaaa

hidup makin mencabar
hari-hari pelbagai benda yg perlu diselesaikan

namun, dipagi 2 ramadhan..
aku dikejutkan dengan berita kehilangan
sahabat baik adik gua ....
kembali ke rahmatullah disebabkan terkena renjatan eklektrik
di KL sentral..pada petang sabtu kelmarin
masih teringat lagi kelibat arwah yang rajin
mengangkat pinggan ke dapur
sewaktu bertandang ke rumah kami
mungkin ajalnya sudah sampai....
al-fatihah......

hidup perlu diteruskan
ramadhan adalah satu bulan yang amat dinanti
selalu terdengar frasa...masihkah ada ramadhan akan datang untuk aku?
insyaAllah...doa2kan semoga kita semua
dapat mengharungi hari2 yang mendatang bersama keluarga tercinta

salam ramadhan untuk semua
buat pembaca sekalian....
w/pun...cik amy, miss lolly dan cik misya...jarang sgt ke sini
maklumlah aku jarang menghasilkan sesuatu yang baru
kerjaya aku menuntut komitmen....
sehari ku rasa amat sekejap bagaikan sejam...

kita jumpa lagi....buat pembaca yang membaca
terima kasihh...

salam dari perantauan

caaaa alifff booottt 
 

Saturday, May 26, 2012

damai yang permai

salam semua,
harap sihat sejahtera
bersama keluarga dan orang tersayang

musim cuti sekolah sudah bermula
buat warga pendidik
gembira tak terkata

aku gembira
bila cuti tiba
sape x suka cuti kan3...
tapi ade sikit spoil 
waktu cuti aku diperlukan bertugas
kekadang tak paham
memang tugas aku mendidik
rasionalnya...mengapa ketika cuti
seakan-akan dipaksa

entah la kawan2
saya menghitung hari
bukan hari bahagia...

selamat bercuti2 kawan2 pendidik....

 

Friday, April 20, 2012

i hate

first time
this post in english version
so enjoy reading

nowadays i feel unhappy
with my environments

all wants to be done
more days work become more
WTF
like a stone on my head

when this happen
my mind always interupt 
i admire to go back my hometown
i keep waiting that time
when
when

i hate the people like an actress
feel like she are very great
but very stupid
not appreciate my work
all the work i help.....forget like rubbish
WTF

i hate....

i still waiting one day...
i will get out from this dumb organisation
i hope
Allah accept my doa

i hate.....
but i appreciate all my readers

thank u read this post

u all are the best....

 
 

Wednesday, March 14, 2012

kampungku sayang

salam,
buat pembaca.....
sihat hendaknya kamu semua
bahagia bersama keluarga dan juga yang tercinta

alhamdulillah,
cuti seminggu yang penuh makna
digunakan dengan sebaik-baiknya
duduk di kampung tercinta

orang perseorangan mcam aku,
layaknya terperap dikampung yang berhalaman
menikmati saat manis yang aku tak mahu sesali dikemudian hari

hebatnya kampungku
makanannya.....memang aku idamkan
putu piring pekan kuala sungai baru, melaka
siapa yang pernah singgah, mesti akan tertawan
begitu juga aku
dari kecil hingga aku berkejaya
putu piring itu tetap lazat asli rasanya
bezanya harga meningkat
tidak mengapa...asalkan nafsu ku puas

hebatnya kampungku,
pemandanganya indah
lautan terbentang luas...enak hati ini melihat nelayan pulang
membawa hasil tangkapan
ikan segar...ku beli untuk dimasak ibu
manisnya ikan segar..........

hebatnya kampungku,
aku tenang dan tenteram
damai jiwa
hilang kusut serabut daripada
kehendak sang kapitalis yang sialan aku gelarkan

aliran air sungai
si ombak yang menghempas pantai
adalah irama kampungku
deruan angin dan sinaran mentari
adalah semangat kampungku

kampungku sayang

menikmati cuti sekolah.......caaa aalifff boottt